Rabu, Julai 28, 2010

Di saat ini..

Cinta kembali berputik di hati atau sekadar mengisi kesunyian hati yang telah lama ditinggalkan.Entahlah..aku sendiri pun tidak pasti..yang aku tahu aku senang dengan kehadirannya di saat ini..kawan lama yang hampir 11 tahun tidak bertemu..ya..hampir 11 tahun..selepas aku tolak cintanya dahulu kami tidak lagi bertemu..tapi bagi aku dulu hanya cinta monyet..al-maklumla..cinta zaman sekolah..lagipun time tu aku tidak berminat untuk mempunyai hubungan yang istimewa dengan sesiapa pun..Kini kami bertemu kembali...alam maya yang menemukan kami...ya..kami bertemu di alam maya..di satu laman sosial yang semakin popular di Malaysia kini..Luahan hatinya padaku membuat aku terkedu dan terkeliru..Terkedu dengan pengakuan berani mati dia itu..kauorang faham-fahamlah..aku pernah tolak cintanya satu ketika dahulu..tapi dia dengan berani sekali meluahkan rahsia hatinya pada aku untuk kali kedua...memang aku tidak menduga sama sekali..dan aku juga terkeliru dengan pengakuannya itu..sebab aku tidak yakin dengan apa yang dia luahkan padaku itu..dan Aku terkeliru dengan situasi aku pada saat ini.Situasi??Ya..situasi..aku telah dirisik oleh seseorang yang boleh dikatakan saudara jauh keluarga aku..sebenarnya..aku tidak senang dengan match maker macam ni..lagipun couple aku tuh..tak menunjukkan reaksi yang positif terhadap hubungan ini..Cam nak tak nak..tp baek camtu..takla pening kepala aku untuk memikirkan hal ini..sebab masih tidak terbuka pintu hati aku untuk dia..Dulu aku fikir tak payah pening-peningkan kepala aku lagi tentang pasangan hidup aku..kerana aku ingin serahkan kepada orang tuaku..tapi kini..bila ianya terjadi aku plak yang tak dapat untuk menerimanya..Adoiii..pening kepala eden..telah aku luahkan masalahku ini pada teman2 ku..ada yang suh aku bagi peluang pada jejaka itu dan cuba untuk mengenalinya..dan ada juga yang suh aku terima je kawan aku yang tuh..sebab ternyata dia menyayangi aku..lalu aku tunduk pada-Nya yang maha esa minta diberi petunjuk kepadaku..kerana semua yang baek datangnya dari Dia..dan rasa keliru dihati aku semakin menipis..dan insyaallah keputusan yang aku buat itu adalah keputusan yang tepat..InsyaAllah..Amin.


Anda pasti berminat :





Dari Hati,

Khamis, Julai 15, 2010

Kawan..Cinta..Musuh..


KAWAN..apa erti kawan? CINTA..apa itu Cinta? MUSUH..itu pula apa? KAWAN..CINTA..MUSUH..ada maksud tersirat disebalik semuanya itu..Kita suka berkawan..tak kira lelaki atau pompuan..semua ada kawan..tapi jika lelaki kawan ngan pompuan.atau pompuan kawan ngan lelaki...maksud KAWAN tu akan berubah sedikit demi sedikit..berubah yang macam mane tu?? Sudah tentu berubah kepada CINTA..tidak kira la..samada lelaki dan pompuan tu sama-sama jatuh cinta atau bertepuk sebelah tangan..yang pasti ia CINTA..Bila dua hati bersatu..sayang berputik.. kasih bersemi..dan cinta direstui..maka akan bahagialah pasangan KAWAN itu..tapi..bila CINTA tidak kekal dalam diri KAWAN tadi..semuanya akan hancur berkecai..CINTA tidak lagi mampu menjadikan dua hati kawan bersatu..akhirnya..dua kawan tadi menjadi MUSUH..Bila menjadi musuh..semuanya sudah terlambat..kebencian yang akan menguasai diri KAWAN itu..dan kini tiada lagi kawan..tiada lagi cinta..yang ada hanya satu iaitu musuh..persoalannya..kenapa kawan tadi tidak mulakan balik persahabatan mereka walaupun tiada lagi cinta yang akan menemani hidup mereka..perlukah mereka menjadi musuh tetap? lupakah mereka pada cinta yang mereka semai itu dengan sekelip mata? dimanakah silapnya?

Dari Hati,

Rabu, Julai 14, 2010

Aku Rindu Pada Kenangan Lalu


Tiba-tiba..tanpa dipinta..tanpa diduga..aku rindu pada kenangan dulu. Rindu sesangat. Tapi bile rindu itu datang, hati aku pedih..pedih sangat-sangat. entahlah..aku pun tak tahu kenapa rasa pedih yang muncul bukan rasa bahagia..sedangkan selama ini kenangan itulah yang mengusir segala kepedihan hati aku ini..kenangan itulah yang merawat luka ini..kenangan itulah pembakar semangatku sehingga ke hari ini..Ya allah..sampai bilakah aku harus hidup dalam kenangan itu..bagilah aku jawapan yang pasti..kerana aku sudah tak mampu untuk menanggung kepedihan hati ini..aku tahu..aku yang mengundang ini semua..tapi ini bukan kehendak ku..aku tak mampu untuk melawannya...kerana selama ini..hanya dia yang mampu menggetarkan perasaanku..hanya dia yang mampu membakar semangatku..hanya dia..aku tak mampu untuk menanggung kesakitan ini bila dia telah jauh dari hidup aku..aku ingin dia kembali kepadaku seperti dulu..namun aku tahu dia bukan tercipta untukku..dan dia bukan yang terbaek untukku..so..aku harus melepaskan dia pergi dan membuang semua kenangan bersamanya agar aku tidak terus hanyut dengan kenangan semalam..
Dari Hati,

Kita Terpaksa Bermusuhan









Kita Terpaksa Bermusuhan


Apa lagi alasan nak kau beri
Setelah diri ku di simbah hinaan
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Kemanakah
Hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malu kan

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini di persenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan

Jika ku imbas kisah lama
Semua nya indah semua
Pernah jua kau menangis
Bila aku menduga mu
Kuat nya kasih mu
Pada aku
Di ketika itu

Sayang seribu kali sayang
Akhirnya kecundang jua
Kasih yang lama terjalin
Mudah sungguh kasih mu
Berpaling
Dan yang lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasa mu
Yang tak sepatut nya

Engkau ucapkan
Kau menyinta kerna apa
Kau menyayang ada makna
Kau berubah ada penyebab nya

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini dipersenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan...


Dari Hati,

Selasa, Julai 06, 2010

Hipokrit!! aku atau kau..


Tentu semua tahukan apa itu hipokrit...kalau ada yang tak paham sila rujuk kamus dewan ek..hehehe..
aku di sini pada waktu ini..bukan untuk berbincang tentang apa itu maksud hipokrit..tapi aku di sini lebih kepada ingin meluahkan segala yang terbuku di hati ini..Ramai yang tak akui diri mereka seorang yang hipokrit @ dengan kata lain berpura-pura..kalau orang tanya aku pun aku takkan mengaku. ye lah..nape lak nak mengaku..bukan tu akan menjatuhkan saham kita sendiri..Tapi..selama mana kita boleh berselindung di sebalik kepura-puraan itu..sebab bila tiba masanya..semua akan terungkai dengan sendiri..Betul tak?? Tepuk dada tanya hati..
Berbalik pada cerita asal tentang sikap berpura-pura ni..aku nak luahkanlah sedikit rasa terkilan aku pada sumone yang suatu masa dulu begitu penting dalam hidup aku..sumone yang aku sayang dan masih sayang lagi sehingga ke hari ini..Kenapa aku rasa dia sedang berpura-pura dengan aku??? entahlah..tapi itu yang aku rasa..aku bukan nak menuduh tapi naluri aku berkata demikian..Walaubagaimana pun..aku akui..aku sering tewas dengan permainan kata-katanya..dari dulu sehingga sekarang..nape ek?? dan kerana itu juga aku sering biarkan hati aku dilukai  olehnya dan menangis kerananya..Marahku padanya hanya sementara...kecewaku padanya juga hanya sementara..Adoiiiiiii..atau akukah yang hipokrit yang sebenar-benarnya...jawapannya masih belum aku temui sehingga sekarang ni..tapi apa-apa pun..jangan pula salah anggap dengan apa yang aku luahkan ni...haruslah di ingat bahawa bicara kadang-kadang tidak terjaga..janji kadang-kadang terabai..hati kadang-kadang berprasangka..sikap kadang-kadang menyakitkan..dan hidup ini pasti akan menjadi indah jika tiada sikap kepura-puraan itu..
Dari Hati,

Ahad, Julai 04, 2010

Bisa sungguh hati ini


Ingin menangis tapi tak terkeluar air mata..ingin ketawa tapi tak terasa kelucuannya..apa sebenarnya yang aku rasa di saat ini..kecewa,gembira,sedih..ntahlah.semuanya bercampurbaur.Sebabnya mungkin hati aku terluka lagi.Tapi kenapa sampai terluka camni??padahal tiada apa pun yang membuatkan aku ingin menangis dan meratapi kesedihan.Bukan ker aku telah katakan pada diriku sendiri yang ini semua adalah satu pengakhiran terhadap kenangan aku dahulu.Aku perlu lupakan kenangan yang lalu dan mula mengayam kenangan yang baru bersama dengan orang baru..Pelikkan?? Ahh..siapa yang akan faham kesedihan hati ini..bibir mudah untuk berbicara..sedangkan hati terlalu sukar untuk mengiyakannya.Apa yang aku kata itu betul...kalau tak percaya tepuk dada tanya hati kamu..Kamu akan temui jawapannya..
Dari Hati,

Jumaat, Jun 18, 2010

kenapa perasaan ini terguris lagi


malam ini..
hati ini sakit lagi..
sakit dek jawapan yang baru aku terima..
permainan kata-kata bermula lagi..


dan seperti biasa aku tewas dalam jawapan yang aku ciptakan
walhal aku tahu apa jawapan yang sebenarnya yang aku akan dapat
Tapi..
kenapa aku masih lagi tidak mahu mengerti..
mengerti yang dia bukan milik aku lagi..
aku ingin menangis..
menangis dengan kebodohan aku
dalam kekhilafan aku mengejar sebuah hubungan yang sememangnya
tidak akan berhasil..
Hubungan ini telah ternoktah pada satu titik..
satu titik yang kekal..sehingga aku tidak lagi mampu untuk menembusinya..
Tetapi..kenapa hati ini masih degil..
biarkan diri ini hanyut dalam mainan perasaan..
Sedangkan ia tahu apa yang bakal ia alami..
Seharusnya ia harus menerima hakikat..
Cinta itu bukan miliknya lagi..
Rindu itu bukan miliknya lagi..
Hati itu juga bukan miliknya lagi..
Harus pasrah pada ketentuan yang telah ditetapkan..
Hati..janganlah engkau menangis lagi..

Dari Hati,



Sabtu, Jun 05, 2010

Aku Rindu Padanya

Aku rindu padanya..rindu sangat-sangat..telahku usahakan untuk membuang dirinya jauh-jauh dari hidupku..kerna dia kini milik orang.namun aku sentiasa kalah.Aku kalah pada perasaan ku sendiri.Hatiku sentiasa berbunga sayang dan rindu padanya..hatiku hanya untuk dirinya.Tapi kisahku bukan kisah seperti dalam filem atau dalam novel cinta..kisahku adalah kisah realiti.Ya..realiti..sebab aku sendiri tidak tahu bila ini akan berkesudahan..dan kesudahannya bagaimana..adakah kami ini memang ditakdirkan untuk bersama selamanya atau kami hanya ditakdirkan untuk bercinta sahaja..bukan untuk bersama sehingga ke akhir hayat..




Sudah puas aku fikir kenapa hubungan aku dan dia hanya separuh jalan, walhal kami bersama hampir enam tahun lamanya.Kenapa keluarganya masih tidak boleh menerima hubungan kami. Aku hairan..terhairan yang amat sangat. Aku tahu dia amat sayang pada aku..sayangnya mungkin lebih dari aku..Namun aku juga tahu dia tersepit di antara sayangnya itu..bak kata pepatah "diluah mati emak..dan ditelan mati bapak". Aku tahu itu semua..Tekanan yang dia hadapi pun aku tahu apa sebabnya..Namun..aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menenangkannya..sebab memang tiada jalan lain kecuali kami berpisah..



Tapi nak berpisah bagaimana kalau hati kami saling memerlukan..saling menyayangi..saling mengasihi...Sudahnya kami merana..kami kecewa..lalu memaksa aku untuk berundur dari hubungan yang tidak direstui itu..Walaupun kecewa tapi ini mungkin jalan yang terbaik untuk kami..ibarat kata ibunya..jika kami ini memang telah ditakdirkan untuk bersama..kami akan tetap bersama walau badai taufan datang melanda..



Dari Hati,

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More