Jumaat, Jun 18, 2010

kenapa perasaan ini terguris lagi


malam ini..
hati ini sakit lagi..
sakit dek jawapan yang baru aku terima..
permainan kata-kata bermula lagi..


dan seperti biasa aku tewas dalam jawapan yang aku ciptakan
walhal aku tahu apa jawapan yang sebenarnya yang aku akan dapat
Tapi..
kenapa aku masih lagi tidak mahu mengerti..
mengerti yang dia bukan milik aku lagi..
aku ingin menangis..
menangis dengan kebodohan aku
dalam kekhilafan aku mengejar sebuah hubungan yang sememangnya
tidak akan berhasil..
Hubungan ini telah ternoktah pada satu titik..
satu titik yang kekal..sehingga aku tidak lagi mampu untuk menembusinya..
Tetapi..kenapa hati ini masih degil..
biarkan diri ini hanyut dalam mainan perasaan..
Sedangkan ia tahu apa yang bakal ia alami..
Seharusnya ia harus menerima hakikat..
Cinta itu bukan miliknya lagi..
Rindu itu bukan miliknya lagi..
Hati itu juga bukan miliknya lagi..
Harus pasrah pada ketentuan yang telah ditetapkan..
Hati..janganlah engkau menangis lagi..

Dari Hati,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More