Sabtu, Jun 05, 2010

Aku Rindu Padanya

Aku rindu padanya..rindu sangat-sangat..telahku usahakan untuk membuang dirinya jauh-jauh dari hidupku..kerna dia kini milik orang.namun aku sentiasa kalah.Aku kalah pada perasaan ku sendiri.Hatiku sentiasa berbunga sayang dan rindu padanya..hatiku hanya untuk dirinya.Tapi kisahku bukan kisah seperti dalam filem atau dalam novel cinta..kisahku adalah kisah realiti.Ya..realiti..sebab aku sendiri tidak tahu bila ini akan berkesudahan..dan kesudahannya bagaimana..adakah kami ini memang ditakdirkan untuk bersama selamanya atau kami hanya ditakdirkan untuk bercinta sahaja..bukan untuk bersama sehingga ke akhir hayat..




Sudah puas aku fikir kenapa hubungan aku dan dia hanya separuh jalan, walhal kami bersama hampir enam tahun lamanya.Kenapa keluarganya masih tidak boleh menerima hubungan kami. Aku hairan..terhairan yang amat sangat. Aku tahu dia amat sayang pada aku..sayangnya mungkin lebih dari aku..Namun aku juga tahu dia tersepit di antara sayangnya itu..bak kata pepatah "diluah mati emak..dan ditelan mati bapak". Aku tahu itu semua..Tekanan yang dia hadapi pun aku tahu apa sebabnya..Namun..aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menenangkannya..sebab memang tiada jalan lain kecuali kami berpisah..



Tapi nak berpisah bagaimana kalau hati kami saling memerlukan..saling menyayangi..saling mengasihi...Sudahnya kami merana..kami kecewa..lalu memaksa aku untuk berundur dari hubungan yang tidak direstui itu..Walaupun kecewa tapi ini mungkin jalan yang terbaik untuk kami..ibarat kata ibunya..jika kami ini memang telah ditakdirkan untuk bersama..kami akan tetap bersama walau badai taufan datang melanda..



Dari Hati,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More