
Tentu semua tahukan apa itu hipokrit...kalau ada yang tak paham sila rujuk kamus dewan ek..hehehe..
aku di sini pada waktu ini..bukan untuk berbincang tentang apa itu maksud hipokrit..tapi aku di sini lebih kepada ingin meluahkan segala yang terbuku di hati ini..Ramai yang tak akui diri mereka seorang yang hipokrit @ dengan kata lain berpura-pura..kalau orang tanya aku pun aku takkan mengaku. ye lah..nape lak nak mengaku..bukan tu akan menjatuhkan saham kita sendiri..Tapi..selama mana kita boleh berselindung di sebalik kepura-puraan itu..sebab bila tiba masanya..semua akan terungkai dengan sendiri..Betul tak?? Tepuk dada tanya hati..
Berbalik pada cerita asal tentang sikap berpura-pura ni..aku nak luahkanlah sedikit rasa terkilan aku pada sumone yang suatu masa dulu begitu penting dalam hidup aku..sumone yang aku sayang dan masih sayang lagi sehingga ke hari ini..Kenapa aku rasa dia sedang berpura-pura dengan aku??? entahlah..tapi itu yang aku rasa..aku bukan nak menuduh tapi naluri aku berkata demikian..Walaubagaimana pun..aku akui..aku sering tewas dengan permainan kata-katanya..dari dulu sehingga sekarang..nape ek?? dan kerana itu juga aku sering biarkan hati aku dilukai olehnya dan menangis kerananya..Marahku padanya hanya sementara...kecewaku padanya juga hanya sementara..Adoiiiiiii..atau akukah yang hipokrit yang sebenar-benarnya...jawapannya masih belum aku temui sehingga sekarang ni..tapi apa-apa pun..jangan pula salah anggap dengan apa yang aku luahkan ni...haruslah di ingat bahawa bicara kadang-kadang tidak terjaga..janji kadang-kadang terabai..hati kadang-kadang berprasangka..sikap kadang-kadang menyakitkan..dan hidup ini pasti akan menjadi indah jika tiada sikap kepura-puraan itu..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan