Sayang..
Seandainya dapat kau selam sambil mentafsir tasik hatiku
Cuma tenang dipermukaan..tapi didasarya bergelora..
Entah mengapa..aku tidak tahu..
Bagaikan kaca yang terhempas ke batu..
Begitulah hatiku apabila mendengar butir bicaramu
Takku sangka bicaramu dulu hanya bersulam dusta hingga ia menikam kalbu..
Sayang..
Sebak apabila rinduku tiada berteman...
Orang yang ku sayang sepenuh hati kini menghilang..
Tinggallah aku sendiri..
Ku sapu airmata perpisahan ini kerana cintamu bersulam dusta..
Sayang..
Sedalam mana cintamu padaku..
Sehingga setiamu gugur dimata..
Kurelakan dikau pergi..
Semoga dirimu bahagia dalam istana yang kau bina
dari airmataku ini..
Sayang..ku tersisih dari cintamu
Ku tersiksa oleh sikapmu..pergilah jauh dari hidupku..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan