Isnin, Julai 20, 2009

Apa Ada Dalam Hati?




Apa ada dalam hati kita saat ini?Cuba kita muhasabah diri kita sekejap..dan tanya pada hati apa sebenarnya yang kita mahu pada saat ini.Tentu perasaan kita akan berkecamuk.Berkecamuk kerana kita tidak dapat menjawab apa yang hati kita mahukan.Terlalu banyak yang hati kita mahukan.Tapi satu pun kita tidak mampu untuk tunaikannya lagi.Ada pepatah mengatakan turut kata hati,mati.Namun bagi aku itu tidak benar sama sekali.Kerana adakalanya kita perlu mendengar kata hati kita.Kata hati kita adalah satu ubat yang mampu untuk menenangkan perasaan kita.Betul tak?Tak salah untuk kita mendapatkan pandangan dan nasihat daripada orang yang lebih arif tentang masalah kita tu..tapi hanya jadikan ia sebagai panduan untuk kita membuat sesuatu keputusan agar ia tidak tersilap langkah.So, Fikir-fikirkanlah...

Love I Feel

Dari Hati,

Ahad, Julai 19, 2009

Cinta Oh Cinta



Cinta...


Cinta banyak mengajar manusia berfikir tentang erti sebuah perasaan..
Cinta banyak mengajar manusia tentang erti sebuah perhubungan..
Cinta banyak mengajar manusia tentang erti sebuah kesetiaan..kejujuran..dan keikhlasan..
Namun...cinta juga banyak membawa penderitaan.
Ramai insan yang bahagia kerana cinta..
Namun ramai juga yang sengsara kerana cinta..
Dan disebabkan kerana itu...ramai insan yang pernah kecewa cuba lari dari cinta..
Namun jiwa yang bergelora sepi selalu dahagakan cinta dan kasih sayang..Lalu memaksa kita menyambut kehadiran cinta itu..
Itulah yang ada pada cinta...manusia tidak akan pernah mengalah dengan cinta..Kerana mereka percaya dengan apa yang ada pada cinta..

My Heart Is In Pieces
Dari Hati,

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More